Coretan Blog ini…^^

Hai, salam sejahtera, salam perpaduan, salam kasih dan salam satu Malaysia. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah yang baik dan mesra serta banyak membantu pelajar (kami), Dr.Zulkifli Ahmad.  ASALNYA laman ini diwujudkan sebagai satu keperluan untuk kursus yang diajar oleh beliau iaitu SKBP1023 Bahasa dan Teknologi Maklumat.

Kenapa perlunya blog ini? Baca sahaja nama kursus itu, Bahasa dan Teknologi Maklumat. Seperti yang kita maklum, teknologi maklumat atau singkatannya IT juga merupakan kunci kepada wahana untuk mencapai ilmu di seluruh dunia.  Kursus tersebut mengaitkan penggunaan perisian, aplikasi dan teknologi media(komputer, internet) dengan bahasa. Kaitannya untuk kursus ini? Perisian dan aplikasi yang dihasilkan oleh golongan atau ahli bahasa di seluruh dunia dikongsi bersama dan disebarkan melalui teknologi internet. Malahan pula, kami sebagai pelajar Program Linguistik perlu mengetahui dan akan menggunakan semua itu untuk menganalisis data-data bahasa kerana data bahasa yag kami kaji tidak spesifik kepada bahasa Melayu sahaja. Oleh hal yang demikian, kursus wajib ini amat penting untuk kami belajar tentang semua itu. Apa perisian/aplikasi komputer/teknologi maklumat yang boleh digunakan untuk menganalisis bahasa? Bagaimana? Semua itu kami pelajari melalui bimbingan Dr.Zulkifli. Apa yang kami belajar mungkin sedikit asas sahaja. Tetapi sebagai pelajar sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mencari dan belajar serta tidaklah mengharap 100% kepada pensyarah. Jangan menjadi manja untuk disuap semuanya. Betul, bukan?

Sepanjang kursus tersebut, kami telah diberi 3 projek untuk penilaian. Untuk ketiga-tiga projek tersebut kami telah menggunakan perisian seperti Antconc dan Surveymonkey. Yang menariknya adalah projek tersebut berkaitan dengan personaliti dan Facebook. Di peringkat awal terdapat sedikit kekeliruan dalam kalangan kami untuk mengaitkan bahasa dan personaliti pengguna Facebook dengan menggunakan perisian-perisian tadi. Syukur kepada Tuhan kerana berkat bimbingan Dr.Zulkifli dan rakan-rakan seperjuangan maka ketiga-tiga projek tersebut dapat diselesaikan. 

Antara hasil yang menarik yang saya peroleh di hujung kursus ini ialah:

1. Analisis data bahasa menggunakan perisian Antconc.
2. Membuat dan menganalisa soal-selidik.
3. Membuat blog sendiri dan info-info tentang blog.
4. Berkongsi dapatan dengan umum/Perkongsian ilmu
5. KEKALKAN BLOG..hehehe..=DD

     

Kini, saya bercadang untuk meneruskan blog ini sebagai laman perkongsian ilmu dan juga lain-lain (hiburan). Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah buat blog ni dengan penuh usaha, biarlah terus dikekalkan. =)

6 thoughts on “Coretan Blog ini…^^

Maklum Balas/komen anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s