Transkripsi Sampel Kajian


Si Pelanduk dan Si Buaya

Pada masa dahulu, terdapat seekor Pelanduk yang sangat pintar. Pada suatu hari, si Pelanduk tersebut ternampak sepohon buah rambutan di seberang sungai. Si Pelanduk sangat ingin merasa buah tersebut tetapi untuk menyeberang sungai tersebut adalah sangat bahaya kerana terdapat banyak ekor buaya.

Maka, Si Pelanduk mendapat satu akal dan berkata kepada buaya tersebut, ” hai buaya-buaya sekalian, Kamu dikehendaki beratur dari hujung sungai ini hingga hujung seberang sana . Saya telah diperintahkan oleh Raja (Sulaiman) untuk menghitung jumlah buaya yang ada di dunia kerana Raja ingin membahagikan satu makanan yang istimewa untuk kamu semua.” kata Pelanduk tersebut kepada buaya itu.

Maka dengan itu, Si Buaya pun mula memangil kawan-kawan, saudara mara serta anak-anaknya untuk beratur dari tepi sungai tersebut hinggalah ke penghujung sungai di seberang sungai berkenaan. Pelanduk itu berkata semula, “Baiklah, cuba kamu tutup mata kerana saya akan mula mengira kamu semua..

Maka,Pelanduk tersebut mula mengira sambil melompat-lompat di belakang buaya yang sedang tersusun..” Satu..Dua..Tiga..Cucuk!..Satu..Dua..Tiga..Cucuk!” Kata pelanduk tersebut sambil mencucuk mata buaya yang seterusnya. Begitulah cara si Pelanduk mengira jumlah buaya tersebut sehinggalah dia sampai di seberang sungai yang mempunyai buah rambutan yang ranum.

Setelah, si pelanduk sampai di tebing sungai maka buaya-buaya tersebut sangat marah..”Alahai Pelanduk, Ko membohong rupanya! Katanya ingin mengira jumlah kami tetapi kamu hanya mencari akal untuk ke seberang sungai. Awas kamu sana. Lihat! mata saudara-saudara ku berair disebabkan kamu telah mencucuknya! Awas kamu di sana, saya akan membalas dendam nanti.” kata buaya tersebut.

Tetapi, Pelanduk tersebut sangat nakal. Dia telah menunjukkan punggungnya kepada buaya tersebut sambil mengejek, ” Si buaya Lapar, Tapi hanya mampu melihat punggungku,” kata Pelanduk tersebut.

Setelah beberapa hari kemudian…

Si Pelanduk telah minum air di sungai. Maka, seekor buaya telah perlahan-lahan menghampirinya dan setelah hampir dekat dengan pelanduk berkenaan maka dengan secepatnya si buaya tersebut telah menyambar kaki si Pelanduk tersebut.

Tetapi, Si Pelanduk berkata kepada buaya tersebut..”Kenapa kamu mengigit kayu tersebut wahai buaya? Sekiranya kamu ingin memakan kakiku, inilah kakiku yang gemuk dan berlemak, ” kata Buaya tersebut sambil mengoyang-goyangkan batang kayu yang bersebelahan dengannya.

Buaya tersebut terus melepaskan kaki Si Pelanduk itu dan terus mengigit batang kayu itu.

Si pelanuk Terus melompat dan berkata, “Buaya ini memang bodoh! Sudah berjaya mengigit kakiku tetapi batang kayu itu juga dia pilih..hahaha..” Kata Pelanduk tersebut.

Si Buaya sangat marah.

Pada suatu hari, si buaya terjumpa si pelanduk di hutan. Si buaya bersedia untuk memakan si pelanduk tersebut.

Tetapi, kata pelanduk tersebut, “Jangan buat bising disini hai buaya kerana saya telah diarahkan oleh raja untuk menjaga tali pinggangnya di situ”. Kata Pelanduk tersebut sambil menunjukkan ular sawah yang sedang berbelit di pohon kayu.

Maka, Buaya itu berkata, “Cantik sunguh tali pinggang raja itu, bolehkah saya mencubanya?

Maka, Kata si Pelanduk tersebut, “Tidak, Sekiranya dibenarkan, saya akan meminta kebenaran dari raja untuk kamu, sekiranya saya kata, pakailah tali pinggang itu, maka kamu boleh mencubanya.

Maka, si pelanduk pergi ke sebelah bukit sambil berteriak.”Buaya! Pakailah kata raja itu!

Dengan segera, buaya itu mengambil ular itu sambil membelitkan ular itu ke atas badannya. Ular itu sangat marah kerana diganggu tidurnya dan terus membelit buaya itu sehingga mati.

Demikianlah cerita itu.

2 thoughts on “Transkripsi Sampel Kajian

Maklum Balas/komen anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s