Analisis Ayat


Analisis Ayat

Penganalisaan ayat bahasa Dusun turut dilakukan. Analisis ini dilakukan selepas peringkat kata kerana mengikut hierarki ayat yang berada di atas kata serta ayat terbentuk daripada gabungan kata. Pengkaji mengkaji jenis ayat yang wujud dalam sampel. Ayat ialah sekumpulan perkataan yang mempunyai susunan tertentu dan makna yang lengkap. Ayat yang lengkap mempunyai satu subjek dan satu predikat. Ayat diakhiri dengan tanda noktah. Dari sudut linguistik, analisis ayat ini berkait rapat dengan bidang sintaksis. Namun untuk kajian ini, analisis adalah secara tidak mendalam. Hasil daripada analisis ayat yang diperoleh pengkaji adalah seperti di bawah.

Diskusi

  1. Kata Hubung

Kata hubung ialah kata yang menghubungkan dua kata, frasa atau klausa. Kata hubung dalam dialek Dusun adalah seperti berikut:

a)      om maka

b)      om dan

c)      nga tetapi

Contoh ayat berdasarkan sampel yang menggunakan kata hubung tersebut ialah:

Perenggan kedua.

Ka di Palanuk dit Buayo…”Oiiii…Buayo, sinuhu oku dit Raja dot mongira dokoyu. Baris yokoyu mantad tisan hiti om gisom tisan hilo tu mongiro it Raja piro koinsanan dokoyu poimpasi hiti pomogunan tu manahak it Raja dot ta’akanon kumaa dokoyu…” Ka di Palanuk dit Buayo.

Terjemahan

Maka, Si Pelanduk mendapat satu akal dan berkata kepada buaya tersebut, ” hai buaya-buaya sekalian, Kamu dikehendaki beratur dari hujung sungai ini hingga hujung seberang sana . Saya telah diperintahkan oleh Raja (Sulaiman) untuk menghitung jumlah buaya yang ada di dunia kerana Raja ingin membahagikan satu makanan yang istimewa untuk kamu semua.” kata Pelanduk tersebut kepada buaya itu.

2. Ayat Perintah (Ayat Suruhan)

Ayat perintah(suruhan) ialah ayat yang diujarkan agar pihak yang diajak berbicara itu melakukan sesuatu yang dikehendaki oleh si penutur. Wujud ayat perintah dalam DD. Dalam sampel kajian dapat dilihat apabila buaya-buaya itu telah diperintahkan oleh si pelanduk untuk beratur kerana kononnya dia hendak menghitung jumlah buaya itu. Ayat tersebut boleh diperhatikan di perenggan kedua sampel kajian.

 Kadi Palanuk dit Buayo…”Oiiii…Buayo, sinuhu oku dit Raja dot mongira dokoyu. Baris yokoyu mantad tisan hiti om gisom tisan hilo tu mongiro it Raja piro koinsanan dokoyu poimpasi hiti pomogunan tu manahak it Raja dot ta’akanon kumaa dokoyu…” Ka di Palanuk dit Buayo.

Terjemahan

Maka, Si Pelanduk mendapat satu akal dan berkata kepada buaya tersebut, ” hai buaya-buaya sekalian, beraturlah kamu dari hujung sungai ini hingga hujung seberang sana . Saya telah diperintahkan oleh Raja (Sulaiman) untuk menghitung jumlah buaya yang ada di dunia kerana Raja ingin membahagikan satu makanan yang istimewa untuk kamu semua.” kata Pelanduk tersebut kepada buaya itu.

3. Ayat Permintaan

Ayat permintaan ialah ayat yang diungkapkan bertujuan untuk meminta sesuatu dengan menggunakan kata yang menyatakan “permintaan”. Kata “bolehkah” yang hadir dalam ayat tersebut menjadikan ayat tersebut berbentuk ayat permintaan. Si Buaya meminta izin daripada Si Pelanduk untuk mencuba “tali pinggang” raja itu.( Lihat ayat di bawah).

Nga, kadi buayo, “Om..Alawa no kopio lo tali pinggang dot raja, buli oku mumbal?
Terjemahan,
Maka, Buaya itu berkata, “Cantik sunguh tali pinggang raja itu, bolehkah saya mencubanya?

           4. Ayat Mudah

Otogod no ie buayo.

terjemahan:

Si Buaya sangat marah.

           5.      Ayat Kompleks

Om..nunu po gia di, imbulai ngawi it Buayo om Susun yolo ngawi mantad tisan bawang gisom tisan sampaping.
terjemahan,
Maka dengan itu, Si Buaya pun mula memanggil kawan-kawan, saudara mara serta anak-anaknya untuk beratur dari tepi sungai tersebut hinggalah ke penghujung sungai di seberang sungai berkenaan.

           6. Ayat tanya

..” nokuro tu mongokot ko dot kayu, buayo?…”
Terjemahan,
“Kenapa kamu mengigit kayu tersebut wahai buaya?…”

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk mengetahui tentang sesuatu. Kehadiran kata tanya “kenapa” dalam ayat tersebut menunjukkan bahawa ayat tersebut merupakan kata tanya. Begitu juga dengan kehadiran simbol tanda tanya di hujung ayat tersbut yang jelas membuktikan bahawa ayat tersebut merupakan ayat tanya.

           7.  Ayat Larangan

Ayat yang bertujuan untuk melarang seseorang itu daripada melakukan sesuatu tindakan. Perkataan-perkataan seperti “jangan”, “usah”, “tak usah” atau lain-lain wujud dalam ayat ini. Untuk analisis sampel DD pula, wujudnya perkataan seperti “kada” yang bermaksud “jangan” dan menjadikan sesuatu ayat itu ayat larangan. Lihat ayat dari sampel kajian di bawah.

Nga, kadi Palanuk, “Kada kohoyo buayo, manjaga oku dot tali pinggang dot raja“..ka dit kadi Palanuk sambil dot minonuduk it tongo tulanut dot poinggirot hilo kayu.

terjemahan:

Tetapi, kata pelanduk tersebut, “Jangan buat bising disini hai buaya kerana saya telah diarahkan oleh raja untuk menjaga tali pinggangnya di situ“. Kata Pelanduk tersebut sambil menunjukkan ular sawah yang sedang berbelit di pohon kayu.

Dalam ayat tersebut, Si Pelanduk melarang si buaya daripada membuat bunyi bising dan mengganggunya kerana dia sedang diarahkan untuk mengawasi tali pinggang Raja Alam (Raja Sulaiman). Dari segi pragmatiknya, si Pelanduk sebenarnya bertutur demikian sebagai helah untuknya menyelamatkan diri daripada dimakan oleh si buaya.

8. Ayat Majmuk Campuran

Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau beberapa ayat majmuk.

Pembentukan ayat majmuk campuran
(a)  Ayat tunggal        : Kada kohoyo buayo (Jangan buat bising disini hai buaya)

Ayat Komplemen: manjaga oku dot tali pinggang dot raja (saya telah diarahkan oleh raja untuk menjaga tali pinggangnya di situ)

Nga, kadi Palanuk, “Kada kohoyo buayo, manjaga oku dot tali pinggang dot raja”..ka dit kadi Palanuk sambil dot minonuduk it tongo tulanut dot poinggirot hilo kayu. 

Tetapi, kata pelanduk tersebut, “Jangan buat bising disini hai buaya kerana saya telah diarahkan oleh raja untuk menjaga tali pinggangnya di situ”. Kata Pelanduk tersebut sambil menunjukkan ular sawah yang sedang berbelit di pohon kayu.

9. Ayat Pasif

Kehadiran ayat pasif dalam bahasa Dusun. Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang memberi penekanan kepada objek. Contoh ayat pasif yang terdapat dalam BD ialah:

i. Lumpat no it Palanuk: lompat terus itu Pelanduk. (Si Pelanduk terus melompat.)

iiOtogod no ii buayo. Marah sangat si buaya. (Si Buaya sangat marah)

10. Pendepanan seluruh predikat.

Selain itu, berlaku juga pendepanan seluruh predikat. Hal ini boleh dilihat dalam ayat di bawah:

Otogod no(predikat) ii buayo(subjek): Sangat marah (predikat) si buaya(subjek).

11. Ayat Tunggal

Ayat tunggal ialah ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Susunan ayat tunggal boleh diterbalikkan.Maksudnya subjek atau predikat boleh berada sama ada di hadapan atau di belakang.  Ayat tunggal dikenali juga sebagai ayat selapis.

Contoh:

i. Otogod no(predikat) ii buayo(subjek): Sangat marah (predikat) si buaya(subjek).

Maklum Balas/komen anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s