Analisis Sebutan


Dapatan Kajian

4.2.1 Analisis Sebutan

Pengkaji menggunakan cerita dongeng sebagai sampel kajian untuk membuat perbandingan sebutan antara Dialek Dusun (DD) dengan Bahasa Melayu Standard (BMS). Sebelum menganalisis data, pengkaji terlebih dahulu membuat transkripsi fonetik terhadap sampel kajian audio yang dipilih. Pengkaji telah mengenal pasti perbezaan dalam aspek sebutan kata  DMS dengan BMS. Perbezaan itu ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Diskusi

1. Sistem bunyi Bahasa Dusun Ranau mempunyai sistem empat vokal sahaja. Vokal -vokal tersebut ialah [a], [i], [0] dan [u]. Vokal belakang agak rendah [ᴐ] adalah alofon kepada vokal [o]. Kedudukan vokal-vokal tersebut digambarkan seperti dalam Rajah 2.

sistem vokal sabah
Sistem empat vokal yang terdapat pada bahasa Dusun Ranau merupakan lanjutan perkembangan dari sistem enam-vokal, yakni pengguguran e-schwa. Ini disebabkan fungsi e-schwa dalam bahasa tersebut lebur bersama dengan fungsi vokal lain, misalnya vokal [0]. Keadaan ini yang mempengaruhi penyebutan bahasa kedua masyaakat Dusun. Hal ini bermaksud, apa yang dibunyikan dengan e-schwa dalam bahasa yang mempunyai sistem enam-vokal mempunyai kesejajaran dengan [0] dalam bahasa yang bersistem empat vokal (Asmah Haji Omar, 1985).

2. Oleh kerana dalam sistem bunyi BD merupakan sistem 4 vokal maka ujaran sesuatu kata diucapkan tanpa kehadiran e-schwa.

sebutan sampel 33. Terdapat suku kata vokal (VV) yang sebutannya terdapat unsur pemanjangan. Kata tersebut ialah /kumaa/, /koodop/.

4. Berbeza dengan sebelum ini(2), terdapat juga leksikal yang suku kata vokal berdekatannya disebut terpisah. Maksudnya berlaku hentian glotis dalam sebutan antara dua bunyi vokal yang berdekatan itu. Leksikal yang dimaksudkan itu ialah, /Kiro’on/,/ ta’akanon/, dan /koruba’ai/

5. Proses penggantian bunyi vokal [e] dan [i].
Berlaku dalam kata pinjaman bahasa Melayu Standard /boleh/.Berdasarkan data, bunyi vokal belakang [e] dalam /boleh/ berubah kepada sebutan bunyi [i], /buli/. Bunyi vokal [o] turut berubah menjadi bunyi [u]. Perubahan ini adalah disebabkan oleh pengaruh sistem vokal dusun yang tidak memiliki sebutan fonem [e]. Selain itu, sebutan kata /boleh/ yang disesuaikan dengan lidah masyarakat Dusun menyebabkan pengguguran fonem /h/ di belakang kata tersebut.

6. Penggantian bunyi vokal [e-schwa] kepada bunyi vokal [a]
Fonem [a] menggantikan kedudukan fonem e-schwa dalam kata pinjaman bahasa Melayu yang wujud dalam ayat bahasa Dusun.  Contohnya, /menjaga/ kepada /mɑnjɑgɑ/.

7. Pengguguran bunyi bersuara /d/. Kata yang terlibat dalam pengguguran ini ialah /pelanduk/ yang disebut sebagai /palanuk/ selain turut menerima penukaran fonem e-schwa kepada bunyi vokal /a/.

8. Menggantikan bunyi vokal [o] kepada bunyi vokal [u]. Fenomena ini turut berlaku dalam kata masukan bahasa Melayu dalam pertuturan bahasa Dusun. Kata tersebut ialah /lumpat/ yang asalnya ialah /lompat/.

9. Selain itu, wujudnya sebutan dan bentuk leksikal yang hampir sama antara DD dengan BMS. Cuma yang membezakan ialah berlaku penukaran fonem daripada /d/ dalam /dulu-dulu/ kepada fonem /g/ menjadi /gulu-gulu/.

10. Berlakunya pengguguran bunyi konsonan /m/ dalam kata kerja /minum/(BMS) menjadi sebutan /inum/ dalam DD.

Rumusan

Daripada beberapa contoh yang dikemukakan oleh pengkaji, dapat dikatakan bahawa perbezaan sebutan kata dialek Sabah tidak banyak beza dengan bahasa Melayu Standard. Namun sebutan sesetengah kata Melayu mereka telah dipengaruhi oleh bahasa ibunda. Oleh hal yang demikian, kerap berlaku penukaran bunyi fonem (terutamanya bunyi vokal) dalam sebutan Melayu Sabah.

One thought on “Analisis Sebutan

  1. Satu kajian yang baik kerana dapat memberi pengetahuan kepada umum tentang variasi dialek yang ada…TAHNIAH…^_^

Maklum Balas/komen anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s