Analisis Kata


Analisis Kata

Analisis kata dilakukan dengan menggunakan perisian Antcont. Antcont digunakan untuk menilai kekerapan perkataan yang digunakan dalam sampel lagu yang digunakan. Hasil daripada analisis kata yang pengkaji perolehi dalam sampel-sampel kajian yang digunakan adalah seperti berikut.

Diskusi

Pengkaji turut menghuraikan proses pembentukan kata dalam Bahasa dusun dari segi Bentuk Kata Tunggal secara ringkas.

  1. Bentuk Kata Tunggal

Terdapat sekurang-kurangnya tiga jenis kata tunggal dalam bahasa dusun iaitu kata tunggal tanpa suku kata, kata tunggal yangmempunyai satu suku kata dan kata tunggal yang mempunyai dua suku kata atau lebih.

a. Bentuk Kata Tunggal tanpa suku kata

Pola kata tunggal tanpa suku kata dalam pola vocal (V) dan ianya bolehdilihat dalam gambarajah di bawah:

Analisis kata

b. Bentuk Kata Tunggal satu suku kata

Seperti mana dalam banyak-banyak bahasa di dunia, bahasa Dusun juga mempunyai bentuk kata tunggal satu suku kata di mana boleh dilihat seperti di bawah:

1. VV

– au, ia, ii, oi

2. KV
– po, noh, nga, ku, di, do

3. VK
– id, it, om

4.KVV
– yau, daa

5. KVK
– dot, dit

6. KVVK
– giak

2.  Kehadiran suku kata vokal (VV). Dua fonem vokal yang bercantum dan disebut bersama wujud dalam DD. Contoh kata yang terdapat dalam sampel kajian ialah /ii/, /au/ dan /oi/.

3.  Kehadiran imbuhan sisipan kata kerja /nga/. Hadir dalam kata dasar /makan/(BMS) iaitu /akan/ dalam DD. Kehadiran imbuhan sisipan itu mengubah kata dasar /akan/ kepada /mangakan/ yang masih membawa maksud yang sama.

4.    Penggandaan. Penggandaan didefinisikan sebagai proses mengulangi sesuatu perkataan, pada bahagian-bahagian tertentu, maka pengulangan berlaku pada unsur kata yang berkenaan dan unsur ini boleh merupakan suku kata (satu atau lebih) atau rentetan bunyi-bunyi (vokal dan/atau konsonan) yang tidak bertaraf suku kata (Asmah Hj. Omar 1993:222). Proses penggandaan dalam dialek Bajau Darat boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu penggandaan seluruh, penggandaan suku kata pertama dan penggandaan kata dasar. Sama seperti bahasa lain,kata ganda juga hadir dalam DD.

Analisis kata2

5.   Asimilasi.

Selain itu, berlakunya asimilasi dalam BD hasil daripada pengaruh BMS. Sebutan tersebut mengalami sedikit penyimpangan kerana disebut meggunakan lidah masyarakat Dusun. Unsur asimilasi banyak dilihat dalam sampel kajian apabila banyak kata melayu yang berasimilasi dengan dialek dusun.  Etnik Dusun di Sabah telah memasukkan pelbagai kosa kata bahasa Melayu ke dalam bahasa ibunda mereka melalui proses asimilasi bunyi dan imbuhan. Berdasarkan sampel kajian, data asimilasi yang diperoleh adalah seperti berikut.

sampel kata 3

6.   Berlaku peminjaman kata secara terus daripada BMS dan digunakan dalam sampel kajian bentuk penceritaan semula. Leksikal BMS dipinjam secara terus tanpa berlaku apa-apa perubahan terhadap fonem atau makna leksikal tersebut. Leksikal yang dimaksudkan itu ialah, /tali pinggang/, /sambil/, /raja/, dan /kayu/.

7.  Imbuhan akhiran juga hadir dalam DD. Misalnya kata /tojok/ yang menerima imbuhan akhiran kata kerja /-o/ menjadi /tojoko/. Dalam BMS, imbuhan akhiran /-o/ itu bermaksud /di-/.

8. Kata penegas “bah”.

Terdapat kata penegas iaitu ‘bah’ digunakan dalam DMS. Dalam BMS, “bah” ini boleh membawa maksud “lah, ok, baik”. Namun penggunaannya adalah mengikut kesesuaian dan akan diterangkan lebih lanjut dalam bahagian analisis pemilihan kata(pragmatik).

9. Imbuhan kata kerja /mi-/. Dalam BMS imbuhan tersebut ialah /me-/. Manakala dalam DD, imbuhan kata kerja /me-/ adalah dalam bentuk /mi-/. Contoh kata ialah /milumpat/.

10.   Perulangan kata dasar yang sama dalam satu ayat tetapi dengan kehadiran imbuhan awalan pada kata dasar tersebut. Perulangan itu wujud dalam perenggan di bawah:

“Ongoi no it Palanuk inum hilo bawang, nga palan-palan dit buayo minomsomok om ha kadi poinsomok nodi nga sombitai no di buayo ti gakod di Palanuk

Kata dasar yang dimaksudkan ialah /somok/ iaitu /dekat/ dalam BMS. Kata dasar tersebut menerima imbuhan awalan /minon-/ dan /poin-/. Kedua-dua imbuhan ini boleh dikatakan imbuhan adverba kerana mempunyai sifat kala. Imbuhan awalan /minon-/ membawa maksud “sedang mendekati” selain maksud /men-/ dan “cuba men-“. Manakala imbuhan /poin-/ pula membawa maksud “telah” atau “telah dekat/mendekati”.

Maklum Balas/komen anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s