Bab 5


 KESIMPULAN

Pengenalan

Komputer merupakan suatu alat yang melibatkan penggunaan bahasa.  Linguistik sebagai suatu bidang ilmu yang tidak dapat diketepikan oleh bidang-bidang ilmu yang lain boleh dilihat kepentingannya dalam bidang komputer. Linguistik yang diaplikasikan dalam bidang komputer dapat memudahkan pekerjaan terutamanya yang berkaitan dengan kebahasaan. Dalam kaijan ini, pengkaji telah mengaplikasikan komputer dalam kajian linguistik. Aspek sebutan, kata, ayat, makna dan pragmatik yang dianalisis dengan melibatkan juga aplikasi, perisian, dan perkhidmatan komputer. Misalnya, Antcont, Microsoft Excel, dan Soundcloud.

Perbincangan

Secara ringkasnya, pengkaji telah menganalisis sampel cerita dongeng dalam bahasa pilihan kajian iaitu bahasa Dusun untuk membezakan antara bahasa Melayu Standard (BMS) dengan bahasa Dusun(BD). Berdasarkan dapatan kajian yang telah dijelaskan dalam Bab 4, pengkaji mendapati bahawa jelas terdapat perbezaan antara BMS dengan BD. Namun begitu, terdapat juga persamaan antara BD dan BMS. Misalnya, dari segi pemilihan penggunaan kata ganti nama.

Dari segi sebutan, memang jelas terdapatnya sedikit perbezaan antara BMS dengan BD. Hal ini kerana, sistem vokal BD ialah sistem empat vokal yang mana tidak wujud vokal [e] dalam sebutannya. Berbeza dengan BMS yang mempunyai sistem vokal standard. Oleh itu, penyebutan dalam BD tanpa kehadiran e-schwa.

Dari segi kata, memperlihatkan bahawa BD telah menyerap masuk kata melayu ke dalam perbendaharaan kata BD. Kata melayu tersebut akhirnya menjadi pemilikan BD dan tidak dipulangkan semula. Sedangkan dalam BMS tidak berlaku penyerapan masuk daripada BD. Hal ini juga bermaksud bahawa BMS mempengaruhi BD.

Analisis ayat pula menunjukkan banyak persamaan antara BMS dengan BD. Manakala dalam aspek makna pula terdapatnya beberapa kata dalam BD yang mirip dengan BMS tetapi mempunyai makna berbeza.

Kesimpulan

Pengkaji berpendapat bahawa kajian ini amat penting sebagai rujukan kepada penutur bahasa Dusun itu sendiri dan masyarakat lain yang ingin mendalami bahasa Dusun. Selain itu, kajian ini juga penting kerana telah memperkayakan lagi pengetahuan umum tentang bahasa Dusun.

Maklum Balas/komen anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s