Bab 3


Metodologi Kajian

3.1       Pengenalan

Metodologi penting untuk menjelaskan lagi tentang bagaimana dan cara sesuatu kajian itu dilaksanakan. Bab ini menerangkan sepenuhnya segala maklumat yang penting dalam proses melaksanakan kajian ini.

Kajian ini dijalankan terhadap Dialek Dusun dan sumber sampel kajian diperoleh melalui laman sekunder (blog). Pengkaji menggunakan satu sampel kajian sahaja. Sampel kajian dalam bentuk cerita dongeng digunakan oleh pengkaji untuk kajian perbandingan Dialek Dusun (DD) dan Bahasa Melayu standard(BMS).

3.2       Sampel Kajian

Pengkaji memilih sampel kajian daripada terjemahan cerita dongeng bahasa Melayu “Pelanduk dan Buaya” kepada Bahasa Dusun di dalam sebuah blog Dusun. Hasil terjemahan, cerita itu bertajuk “Palanuk Om ie Buayo”. Umum mengetahui bahawa cerita tersebut merupakan cerita dongeng kanak-kanak. Sampel pilihan bertujuan untuk mendapat hasil yang menepati kehendak objektif.

3.3       Alat Kajian
Instrumen kajian terdiri daripada aplikasi-aplikasi dan perisian komputer yang boleh digunakan untuk kajian terhadap bahasa. Perisian dan aplikasi tersebut digunakan untuk mendapat hasil yang menepati objektif kajian. Aplikasi tersebut termasuklah Antcont untuk analisis kata, perisian soundcloud untuk tujuan memasukkan sampel kajian ke dalam blog pengkaji.  Charisil Font juga di muat turun untuk tujuan transkripsi fonetik dalam menganalisis dan mempersembahkan data kajian.

3.4       Prosedur Kajian

Prosedur kajian bermula mengikut  objektif kajian. Objektif kajian satu adalah berkaitan dengan kajian terhadap aspek sebutan. Oleh itu, prosedur pertama bermula dari segi mengkaji perbezaan sebutan antara berbanding bahasa Melayu standard. Prosedur pertama bermula dengan pemilihan sampel kajian yang akan digunakan dalam memenuhi aspek objektif kajian. Setelah pemilihan sampel yang sesuai untuk analisis data dipilih, barulah bermulanya analisis data dilakukan. Sampel kajian diteliti sepenuhnya untuk melihat aspek sebutan. Setelah itu barulah aspek kata, ayat, makna dan pragmatik diteliti serta dianalisis. Prosedur tersebut adalah mengikut peringkat dari mudah ke sukar.

3.4.1 Transkripsi Teks

Sampel kajian ditranskripsikan untuk meneliti bahagian sebutan. Transkripsi ini adalah untuk menepati objektif kajian yang pertama.

3.4.2 Kajian Perpustakaan

Selain daripada kajian teks dan lagu, kajian pustakaan merupakan kaedah yang penting dalam pencarian maklumat. Dalam kajian perpustakaan, pengkaji mencari malumat atau data yang berkaitan dengan topik kajian. Bahan-bahan bertulis seperti buku-buku dan jurnal digunakan dalam kaedah ini.

3.4.3 Kaedah Penganalisisan Data

Penganalisisan data melalui dua peringkat proses iaitu semasa dan selepas pengumpulan data. Kekerapan kemunculan kategori tertentu menjadi asas untuk membina rumusan kajian.
Analisis data sememangnya perkara penting bagi kajian yang dijalankan. Hal ini kerana, data yang diperoleh ini akan menjadi hasil kepada kajian yang akan diterangkan oleh pengkaji. Analisis data merupakan cara-cara atau teknik yang digunakan untuk menerangkan sesuatu dapatan kajian.

3.5       Kesimpulan

Secara keseluruhannya, bab ini telah selesai membincangkan metodologi yang digunakan dalam membuat kajian ini. Pemilihan metodologi tersebut adalah berdasarkan keperluan penyelidikan. Seterusnya dalam bab 4, pengkaji akan memaparkan hasil kajian.

Maklum Balas/komen anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s