BAB 1


BAB 1

PENGENALAN KAJIAN

1.0  PENGENALAN

Negeri Sabah atau sinonimnya dengan panggilan Negeri di Bawah Bayu mempunyai satu bangsa Malaysia yang terdiri daripada 30 kumpulan etnik dengan tidak kurang 50 kumpulan bahasa dan 90 dialek sebagai alat sistem komunikasi sosialnya. Lebih tiga puluh daripada bahasa itu dimiliki oleh kaum bumiputera Sabah yang mempunyai kepelbagaian budaya dan kepercayaan seperti Murut, Bajau, Rungus, Latod, Irranun, Talantang, Sonsogon, Likabau, Garoh (Kimaragang), Tinagas, Idahan, Sungai dan Dusun. Menurut Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1987) Institut Linguistik S.I.L melaporkan bahasa-bahasa tempatan ini dipercayai termasuk dalam bahasa Austronesian keturunan Bornean dari keturunan asal Austronesian.

Bahasa ialah satu wahana perhubungan dan komunikasi antara manusia. Bahasa yang memiliki fungsi sosial dan keperluan sosial adalah alat penting untuk menyampaikan mesej. Selain itu, bahasa sebagai sistem lambang pertuturan yang arbitrari digunakan manusia sebagai alat untuk berhubung. Sedangkan dialek ialah satu variasi bahasa yang ditentukan mengikut wilayah dan ditutur bergantung kepada tempat seseorang itu dilahirkan (S.Nathesan, 1995).

Teknologi maklumat terhasil daripada gabungan teknologi elektronik mikro, telekomunikasi dan komputer yang berkaitan dengan penerimaan dan penyampaian maklumat seperti perkataan, gambar, bunyi dan nombor kepada pengguna secara elektronik.  Perkakasan komputer merupakan mesin atau alat fizikal yang melakukan fungsi-fungsi asas kitaran pemprosesan data sama ada di luar talian ataupun di dalam talian. Fungsi-fungsi tersebut ialah penyediaan dan kemasukan data, pemprosesan, storan, input dan output. Teknologi maklumat serba canggih ini telah membantu dalam kajian aspek bahasa dan pemprosesan data. Hal tersebut berlaku melalui aplikasi-aplikasi komputer yang dicipta dan teknologi komunikasi seperti alat rakaman.

Kajian ini dilakukan bagi meninjau lima aspek asas bahasa dalam dialek Dusun Sabah. Aspek bahasa tersebut ialah sebutan, pembentukan kata, struktur, makna kata dan pemilihan kata. Aspek atau disiplin linguistik dialek tersebut dianalisis menggunakan aplikasi-aplikasi dan perisian komputer. Misalnya, Antcoc dan Audacity. Selain itu, laman video atas talian seperti Youtube juga digunakan dalam menjalankan kajian. Kepesatan teknologi maklumat pada masa kini telah mempengaruhi penguasaan bahasa. Seperti yang kita tahu istilah atau konsep teknologi maklumat ini agak luas. Malahan pula merupakan medium yang menghubungkan masyarakat sedunia.

1.2       PERNYATAAN MASALAH

Bahasa Dusun merupakan bahasa bumiputera kaum Dusun atau Kadazan-Dusun di Sabah. Bahasa Dusun hampir menyerupai bahasa Kadazan tetapi terdapat sedikit perbezaan terutamanya dari segi ejaan dan sebutan. Contohnya “sembilan” yang disebut “siam” dalam bahasa Dusun dan “sizam” dalam bahasa Kadazan. Akan tetapi, terdapat juga perkataan yang berbeza tetapi maksud yang sama contohnya “dimana” yang disebut “hinonggo” dalam bahasa Dusun dan “hinombo” dalam bahasa Kadazan atau “rumah” yang disebut “walai” dalam bahasa Dusun dan “hamin” dalam bahasa Kadazan. Walaupun kedua-dua bahasa ini sedikit berbeza tetapi kebanyakan suku kaum Dusun-Kadazan menggunakan kedua-dua bahasa ini dalam perbualan seharian. Untuk kajian ini, pengkaji akan membandingkan antara bahasa Dusun dengan Bahasa Melayu Standard.

Masyarakat Dusun merupakan kelompok yang paling besar di Sabah iaitu meliputi satu pertiga penduduk di Sabah. Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan yang melibatkan etnik Dusun dan bahasanya. Ahli linguistik terkenal, Zaharani Ahmad juga pernah menjalankan kajian bahasa Dusun Kimaragang dan Dusun Rungus. Noor Aina Dani pula pernah membuat kajian mengenai Dusun Ranau dan Papar. Kedua-dua kajian oleh beliau adalah melibatkan pengguasaan bahasa Melayu oleh pelajar-pelajar dalam kalangan masyarakat Dusun. Beliau mengkaji bagaimana bahasa ibunda (Dusun) mempengaruhi pemerolehan dan penguasaan bahasa kedua masyarakat Dusun(pelajar).

Selain itu, kajian-kajian yang dijalankan pula biasanya melibatkan bahasa Dusun dengan sistem sosial. Misalnya beberapa kajian yang telah dijanlankan oleh pensyarah di Universiti Putera Malaysia(UPM). Antara kajian tersebut ialah, Dimensi Bahasa Dan Agama Antara Perspektif Merubah Identiti Dan Sistem Komunikasi Sosial (Kebudayaan) Etnik Dusun Di Sabah oleh Dr. Ezhar Tamam. Objektif umum kajian tersebut ialahuntuk mengenal pasti sejauhmanakah pengaruh dimensi bahasa dan agama antara perspektif merubah identiti dan sistem komunikasi sosial masyarakat Dusun di Sabah. Sementara objektif khususnya ialah ingin mengetahui apa bahasa dan agama serta bagaimanakah dimensi-dimensi tersebut menjadi faktor perubahan terhadap kelakuan-kelakuan komunikasi sosial sama ada verbal atau non-verbal dalam konteks komunikasi silang budaya yang berlaku terhadap masyarakat Dusun dan akhirnya menyenarai antara perubahan-perubahan yang berlaku atau sebaliknya dalam kehidupan mereka hari ini.

Kebanyakan kajian yang telah dijalankan mengenai bahasa di Sabah adalah dalam sumber bahasa Inggeris dan oleh pengkaji luar. Rujukan dalam bahasa Melayu sangat kurang. Oleh yang demikian, kajian ini juga penting untuk menambah rujukan dalam bahasa Melayu kepada pengkaji akan datang. Antara kajian bahasa inggeris oleh M. Clayre (1996) , A comparison of some dialects of dusun. Kajian ini dimasukkan ke dalam Sabah Society Journal 3:1 (Apr 1966): 3-12.

Kajian-kajian tersebut merupakan kajian aspek linguistik secara luas. Manakala bagi kajian ini, pengkaji hanya akan membuat kajian dari aspek yang kecil sahaja. Oleh itu, kajian ini akan meninjau Dialek Melayu Sabah dalam lima aspek asas sebutan, pembentukan kata, struktur, makna kata dan konteks pemilihan kata berdasarkan situasi. Selain itu, kajian ini melibatkan penggunaan aplikasi komputer. Pengkaji akan menggunakan aplikasi-aplikasi komputer yang sesuai untuk kajian bahasa ini. Misalnya perisian Antcont yang boleh digunakan untuk kajian bahasa dari aspek kata.

1.3       SOALAN KAJIAN

Berdasarkan tujuan di atas, kajian ini dijalankan untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan berikut;

1        Apakah perbezaan sebutan antara Bahasa Dusun berbanding bahasa Melayu standard?

2        Apakah perbezaan pembentukan kata antara Bahasa Dusun berbanding bahasa Melayu standard?

3    Apakah perbezaan tatabahasa dan pembentukan frasa serta ayat antara Bahasa Dusun berbanding bahasa Melayu standard?

4        Apakah perbezaan makna kata antara Bahasa Dusun berbanding bahasa Melayu standard?

5        Apakah perbezaan pemilihan kata antara Bahasa Dusun berbanding bahasa Melayu standard?

1.4       OBJEKTIF KAJIAN

Berikut merupakan tujuan kajian ini dijalankan;

1        Mengenalpasti perbezaan sebutan antara Bahasa Dusun berbanding bahasa Melayu standard

2        Mengenalpasti perbezaan pembentukan kata antara Bahasa Dusun berbanding bahasa Melayu standard

3        Mengenalpasti perbezaan tatabahasa dan pembentukan frasa serta ayat antara Bahasa Dusun berbanding bahasa Melayu standard

4        Mengenalpasti perbezaan makna kata antara Bahasa Dusun berbanding bahasa Melayu standard

5        Mengenalpasti perbezaan pemilihan kata antara Bahasa Dusun berbanding bahasa Melayu standard

1.5       SKOP KAJIAN

Kajian ini dilakukan dengan mengambil sumber sekunder daripada laman sesawang. Untuk kajian ini, pengkaji telah melilih sampel dari sumber cerita dongeng kanak-kanak. Cerita tersebut diambil daripada sebuah laman bahasa Dusun. Asal cerita tersebut adalah daripada cerita sang kancil dan buaya.

1.6 Kesimpulan

Bahasa merupakan alat untuk berhubung antara anggota masyarakat. Komunikasi ini berlaku secara meluas, baik secara rasmi atau tidak rasmi.  Masyarakat pada hari ini perlu menerima hakikat bahawa perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi berkait secara langsung dengan kemampuan menjana idea, kreativiti dan inovasi bagi memantapkan penggunaan dan penguasaan sesuatu bahasa.

Maklum Balas/komen anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s