Analisis Teks Ucapan


Untuk menganalisa frasa dalam teks ucapan tersebut, sekali lagi perisian Antconc digunakan. Kekerapan penggunaan sesuatu frasa pilihan dalam konteks ucapan Marthin Luther itu dianalisis. Frasa yang dianalisis dalam teks ucapan tersebut ialah frasa ”go back”. Dalam perisian itu, tab ‘Concordance’ digunakan untuk menganalisis kekerapan dan penggunaan frasa tersebut dalam konteks ucapan tersebut.


Melalui analisa data atau frasa menggunakan aplikasi Antconc, dapat dinyatakan bahawa frasa tersebut diulang dan digunakan sebanyak tujuh kali sahaja dalam dua ayat.

Ayat Pertama ialah:
(1.) Go back to Mississippi, (2.) go back to Alabama, (3.) go back to South Carolina, (4.) go back to Georgia, (5.) go back to Louisiana, (6.) go back to the slums and ghettos of our northern cities, knowing that somehow this situation can and will be changed.

Dalam konteks ayat pertama itu, frasa ‘go back’ itu jelas menyatakan maksud pulang atau balik ke tempat mereka atau pergi ke sesuatu tempat. Marthin Luther menyampaikan maksud kembalinya atau pulangnya bangsa mereka ke tempat asal/masing-masing dengan harapan bahawa keadaan akan dan boleh berubah menjadi lebih baik.

Ayat kedua ialah:
This is our hope, and this is the faith that I (7.)go back to the South with.

Ayat seterusnya ini pula menunjukkan maksud ‘bawa balik’, atau ‘bawa bersama’. Jika dinilai dari aspek keseluruhan ayat kedua ini, frasa ‘go back’ itu menyatakan bahawa harapan(hope) dan kepercayaan(faith) itu yang dibawa balik/dibawa bersama ketika balik ke Selatan iaitu tempat asal mereka.

Web Toolbar by Wibiya

5 thoughts on “Analisis Teks Ucapan

Maklum Balas/komen anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s