Perisian Antconc


Pengenalan tentang perisian ANTCONC.

Perisian Antconc diperkenalkan oleh Laurence Anthony . Siapakah Laurence Anthony? Beliau merupakan seorang Profesor di Pusat Pendidikan Bahasa Inggeris dalam Fakulti Sains Kejuruteraan di Universiti Waseda, Tokyo, Japan.Perisian yang dikenalkan ini amat besar sumbangannya dalam bidang linguistik. AntConc merupakan perisian percuma, mempunyai banyak fungsi yang boleh digunakan dalam kajian korpus linguistik dan menganalisis data. Perisian tersebut juga disokong oleh semua komputer yang memiliki program Microsoft Windows (diuji ke atas Win 98/Me/2000/NT, XP, Vista, Win 7), Macintosh OS X (telah diuji dengan 10.4.x, 10.5.x, 10.6.x), dan Linux (diuji ke atas Ubuntu 10). AntConc bermula sebagai program konkordans yang agak mudah, kemudian secara perlahan-lahan perisian terseut berubah menjadi alat untuk menganalisis teks yang agak berguna.  x.

Perisian Antconc boleh dimuat turun dari pautan ini:- http://www.antlab.sci.waseda.ac.jp/software/antconc3.2.4w.exe

Panduan:

  • Windows

Pada sistem Windows, Macintosh atau Linux, anda hanya perlu klik dua kali ikon AntConc dan ini akan melancarkan program. Pemasangan(install) tidak perlu.
AntConc mengandungi bahagian atau alat berikut yang akan diterangkan secara ringkas.

  1. Concordance**
  2. Concordance Plot**
  3. File View**
  4. Clusters**
  5. N-Grams (part of Clusters)**
  6. Collocates**
  7. Word List**
  8. Keyword List**
  9. Senarai kata kunci **

Setiap bahagian itu boleh diakses sama ada dengan mengklik pada tab tetingkap alat, atau menggunakan kekunci fungsi F1 kepada F7.

  1. Alat Concordance:
    Alat ini menunjukkan hasil carian di ‘KWIC’ (Keyword Dalam Konteks) format. Bahagian ini membolehkan kita melihat bagaimana biasanya sesuatu perkataan dan frasa itu digunakan dalam korpus teks.
  2. Alat Concordance Plot
    Alat ini menunjukkan hasil carian yang diplotkan sebagai format ‘kod bar’. Bahagian ini membolehkan kita untuk melihat kedudukan hasil carian kita muncul dalam sesuatu teks.
  3. Alat File View
    Alat ini menunjukkan teks fail individu. Ini membolehkan kita untuk menyiasat  dan mengkaji dengan lebih terperinci keputusan yang dijana dalam alat lain AntConc.
  4. Clusters (N‐Grams):
    Alat ini menunjukkan kelompok yang berdasarkan carian. Hasilnya meringkaskan keputusan yang dijana dalam Alat Concordance atau Concordance Plot. Tool N-Grams pula mengimbas keseluruhan corpus untuk ‘N’ (contohnya 1 perkataan, 2 perkataan, …) panjang kelompok. Seterusnya membantu kita untuk mencari ungkapan biasa dalam corpus.
  5. Collocates:
    Alat ini menunjukkan collocates istilah carian. Membolehkan pola yang tidak berurutan dikaji dalam bahasa.
  6. Word List:
    Alat ini menjumlahkan semua perkataan dalam korpus dan ditunjukkan dalamsenarai tertib. Alat ini membantu dalam mencari kekerapan penggunaan sesuatu perkataan dalam korpus dengan lebih cepat.

3 thoughts on “Perisian Antconc

    • format file data ialah dalam bentuk notepad iaitu .txt. saudara perlu save data guna notepad dulu..kemudian baru klik FILE –> open File –> file.txt contohnya… =) xfaham boleh tanya lg..

Maklum Balas/komen anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s