STATISTIK


STATISTIK

1.0      Pengenalan

Statistik (atau perangkaan) adalah kaedah pengumpulan, pengurusan, analisis, tafsiran, dan pembentangan data. Statistik berasaskan teori statistik iaitu salah satu daripada cabang matematik. Dalam teori statistik, kerawakan dan ketidakpastian dimodelkan berasaskan teori kebarangkalian. Statistik termasuk perancangan, meringkaskan, dan memahami pemerhatian yang tidak menentu. Statistik memainkan peranan penting dalam membuktikan sama ada sesuatu andaian itu diterima atau ditolak. Untuk membuktikan sesuatu andaian, maka satu siri ujian akan dijalankan. Berdasarkan kursus aplikasi komputer dalam kajian linguistik ini, statistik digunakan untuk melihat dan menganalisis personaliti responden pengguna Facebook. Terdapat 5 orang responden yang dikaji memiliki personaliti berfikiran terbuka, berhemah, ekstrovert, menyenangkan perasaan dan neurotik yang dikaji dengan menggunakan 10 soalan (tidak termasuk soalan bagi nama dan pekerjaan) yang berkaitan dengan personaliti. Untuk menguji ketepatan andaian personaliti responden juga, statistik penilaian rakan responden terhadap responden juga dibuat. Analisis itu adalah berdasarkan 3 pandangan atau andaian iaitu andaian awal pengkaji, responden itu sendiri dan rakan responden. Tujuan statistik adalah untuk menghasilkan maklumat “terbaik” daripada data yang ada. Data yang dianalisis oleh pengkaji adalah berdasarkan maklumat soal selidik  ”Survey monkey” yang dijawab oleh responden. Oleh itu,  kesahihan  personaliti  responden facebook dapat dilihat berdasarkan  statistik yang telah dipaparkan.

2.0  Pernyataan Masalah

Manusia ialah makhluk sosial. Dalam bersosial, interaksi verbal dan bertulis sering menjadi ukuran personaliti seseorang. Antara tempat bersosial pada masa kini ialah tapak rangkaian sosial atas talian (Social Networking Websites). Facebook merupakan tapak rangkaian sosial atas talian yang paling popular pada masa kini. Sering pemilik akaun facebook menghadapi pelbagai dilema untuk menerima, meneruskan atau mematikan persahabatan dengan pemilik akaun facebook yang lain.  Tindakan ini banyak bergantung pada personaliti pemilik akaun facebook itu sendiri. Menurut Golbeck et.al (2011), personaliti seseorang boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu: berfikiran terbuka, berhemah, ekstrovert, menyenangkan perasaan dan neurotik.

domain_5_personaliti_utama

Lazimnya, personaliti rakan facebook diandaikan daripada posting dan komennya di facebook. Persoalannya adalah sama ada wajar atau tidak membuat andaian personaliti  rakan facebook dengan hanya berdasarkan posting dan komennya. Maka dengan itu, kajian ini berusaha untuk mengenal pasti persoalan ini.

3.0   Soalan Kajian

Adakah personaliti seseorang rakan facebook boleh diandaikan dengan hanya berdasarkan posting dan komennya di dalam facebook?

4.0   Objektif Kajian.

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti sama ada personaliti seseorang rakan facebook boleh diandaikan dengan hanya berdasarkan posting dan komennya di dalam facebook.

5.0   Metodologi Kajian

Analisis personaliti menggunakan ”Surveymonkey”.

6.0   Persampelan

Responden terdiri daripada 5 orang responden dan 5 orang rakan responden. Responden merujuk pada orang yang menjadi rakan facebook pengkaji. Pengkaji tidak mengenali responden secara bersemuka. Responden tersebut dibahagikan mengikut kategori  personaliti. Pembahagian kategori personaliti  adalah bersandarkan ciri-ciri personaliti yang dinyatakan dalam Carta Domain Personaliti (Rujuk Lampiran) iaitu berfikiran terbuka, berhemah, ekstrovert, menyenangkan perasaan dan neurotik. Rakan responden merujuk pada rakan kepada responden yang dikaji. Pengkaji tidak mengenali rakan responden secara bersemuka.

7.0   Prosedur Kajian

7.1   Pemilihan responden.

Pemilihan responden dibuat dengan menganalisis rakan-rakan facebook yang tidak dikenali secara bersemuka. Dalam kajian ini, rakan facebook yang dikaji ini dinamakan responden.

7.2   Penetapan personaliti responden.

Penetapan personaliti responden dibuat dengan menganalisis ‘posting’ (kiriman) dan komen responden dalam facebook. Andaian terhadap personaliti responden 1 hingga 5 adalah berdasarkan  Carta Domain Personaliti. Sebanyak 10 posting atau komen responden tersebut direkodkan sebagai bukti personaliti mereka.

7.3   Pengekodan responden.
Kajian statistik dilakukan dengan mengkaji komen setiap responden di facebook miliknya iaitu:-

Responden 1 berpersonaliti pendamai/menyenangkan perasaan,

Responden 2 berpersonaliti berhemah,

Responden 3 berpersonaliti ekstrovert,

Responden 4 berpersonaliti berfikiran terbuka,

Responden 5 berpersonaliti neurotik.

Responden menyenangkan perasaan dikodkan sebagai R1. Responden berhemah dikodkan R2. Responden ekstrovert dikodkan R3. Responden berfikiran terbuka dikodkan sebagai R4;  dan Responden neurotik dikodkan R5.

7.4   Untuk kategori personaliti pula, kategori personaliti menyenangkan perasaan dikodkan A; kategori personaliti berhemah dikodkan B; kategori personaliti ekstrovert dikodkan C; kategori personaliti berfiiran terbuka dikodkan D; dan  kategori personaliti neurotik dikodkan E.

7.5   Pengekodan rakan responden.
Untuk kajian ini, Rakan R1 dikodkan RR1. Rakan R2 dikodkan RR2. Rakan R3 dikodkan RR3, Rakan R4 dikodkan RR4;  dan Rakan R5 dikodkan RR5.

7.6   Soal-selidik responden.
Soal-selidik mengandungi 10 item soalan (Rujuk Lampiran Item Soalan A) dibina dan diserahkan kepada responden untuk dijawab. Objektif soal-selidik ini adalah untuk mengukuhkan tahap kesahan dan kebolehpercayaan andaian personaliti responden. 10 item soalan tersebut memaparkan situasi yang mana responden perlu memilih salah satu daripada lima pilihan jawapan.  Pilihan jawapan tersebut dibina mengikut lima kategori personaliti yang telah ditetapkan.  Jawapan pilihan responden  diandaikan dapat mengukuhkan andaian kajian ini terhadap personaliti responden.

7.7  Soal-selidik rakan responden.
Semua 10 iItem soalan dalam soal-selidik 7.6 diubah sedikit agar rakan responden memberi andaian terhadap jawapan yang responden cenderung memilih (Rujuk Lampiran Item Soalan B).   Objektif soal-selidik ini 7.7 adalah untuk mengukuhkan tahap kesahan dan kebolehpercayaan andaian personaliti responden.

7.8   Dapatan soal-selidik dianalisis untuk mengkaji tahap ketepatan andaian personaliti responden. Skala 60% – 100% dianggap menyakinkan; skala 40% – 59% dianggap kurang menyakinkan; dan skala 0% – 39% dianggap tidak menyakin.

7.9  Rumusan kajian dibuat untuk menjawab soalan kajian dan menentukan sama ada objektif kajian tercapai.

8.0   Analisis kajian

2013-04-21_22-50_Analisis Kajian

8.1   Berdasarkan jadual di atas didapati   70% daripada 10 item soalan menunjukkan bahawa responden R1 berpersonaliti menyenangkan perasaan. Rakan responden (RR1) juga memberi andaian yang menyakinkan dengan 80% daripada 10 item soalan tersebut mengandaikan R1 menyenangkan perasaan. Peratus korelasi antara R1 dan RR1 ialah 75%. Ini menunjukkan andaian terhadap R1 (responden menyenangkan perasaan) adalah menyakinkan.

8.2   Berdasarkan jadual di atas didapati   60%  daripada 10 item soalan menunjukkan bahawa responden R2 berpersonaliti berhemah. Rakan responden (RR2) pula memberi andaian yang tidak menyakinkan dengan 30% daripada 10 item soalan tersebut mengandaikan R3 berpersonaliti berhemah. Peratus korelasi antara R2 dan RR2 ialah 45%. Ini menunjukkan andaian terhadap R2 (responden berhemah) adalah kurang menyakinkan.

8.3   Berdasarkan jadual di atas didapati   70% daripada 10 item soalan menunjukkan bahawa R3 berpersonaliti ekstrovert. Rakan responden (RR3) memberi andaian yang menyakinkan dengan 70% daripada 10 item soalan tersebut mengandaikan R1 ekstrovert. Peratus korelasi antara R1 dan RR1 ialah 70%. Ini menunjukkan andaian terhadap R3 (responden berpersonaliti ekstrovert) adalah menyakinkan.

8.4   Berdasarkan jadual di atas didapati   70%  daripada 10 item soalan menunjukkan bahawa R4 berpersonaliti berfikiran terbuka. Rakan responden (RR4) memberi andaian yang menyakinkan dengan 60% daripada 10 item soalan tersebut mengandaikan R4 berfikiran terbuka. Peratus korelasi antara R4 dan RR4 ialah 65%. Ini menunjukkan andaian terhadap R4 (responden berpersonaliti menyenangkan perasaan) adalah menyakinkan.

8.5   Berdasarkan jadual di atas didapati   70%  daripada 10 item soalan menunjukkan bahawa R5 berpersonaliti neurotik. Rakan responden (RR5) memberi andaian yang kurang menyakinkan dengan 50% daripada 10 item soalan tersebut mengandaikan R5 berpersonaliti neurotik. Peratus korelasi antara R5 dan RR5 ialah 60%. Ini menunjukkan andaian terhadap R5 (responden berpersonaliti menyenangkan perasaan) adalah menyakinkan.

9.0   Rumusan Kajian.

Sebagai rumusan, tanggapan bahawa personaliti seseorang rakan facebook boleh diandaikan daripada posting dan komen yang terpapar dalam facebook adalah meyakinkan. Hasil tersebut diperoleh melalui data soal selidik responden yang dianalisis oleh pengkaji. Peratusan sebanyak 80% yang diperoleh pengkaji dalam hasil analisisnya telah membuktikan bahawa tanggapan personaliti rakan facebook boleh diterima dengan hanya berdasarkan posting dan komennya di dalam facebook.

Maklum Balas/komen anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s