Kaedah Penilaian SKBP1023


Kaedah Penilaian SKBP1023:

1. Projek 1: Kajian korpus menggunakan perisian ‘AntConc’ (20%).
a. Tentukan bilangan kekerapan kata/frasa yang bermakna dan sesuai dengan kehendak kajian anda (Kata nama/kata kerja/adjektif/adverba/dsbnya). Gunakan butang ‘WordList’ dalam AntConc untuk tugasan tersebut. (Markah = 10%)
b. Nyatakan makna frasa yang ditugaskan dalam konteks ucapan ‘I Have A Dream’. Guna google search untuk tujuan tersebut. (Markah = 10%)

2. Projek 2: Menjalankan soal-selidik menggunakan perisian aplikasi ‘Surveymonkey’ (20%)
a. Menyediakan 10 item soalan bagi menentukan kategori personaliti responden.
– Gunakan soalan berbentuk situasi berdasarkan ciri-ciri yang terdapat dalam setiap kategori dalam Jadual ‘The Big 5 Personality Domain’ untuk mendapatkan maklumbalas responden terhadap situasi tersebut.
– Gunakan kata ganti orang pertama dalam item soalan tersebut.
– Dengan berdasarkan maklumbalas daripada responden tersebut, nyatakan kategori personaliti responden.
(Markah = 10%)
b. Menyediakan 10 item soalan bagi menentukan kategori personaliti responden melalui teman responden
– Gunakan soalan berbentuk situasi untuk mendapatkan tanggapan teman responden tentang reaksi responden terhadap situasi tersebut.
– Gunakan kata ganti orang ketiga dalam item soalan tersebut.
– Dengan berdasarkan respons daripada teman responden tentang responden tersebut, nyatakan kategori personaliti responden.
(Markah = 10%)

3. Projek 3: Pembangunan blog WordPress – 40%
a. Laporan hasil dapatan tentang ‘Bahasa dan Personaliti Pengguna Facebook’ (20%)
– Laporan andaian pelajar beserta rujukan terhadap 5 responden yang dikaji berdasar ‘posting’ dan komen responden dalam Facebook
– Laporan Projek 2 tentang hasil dapatan soal-selidik menggunakan perisian aplikasi ‘SurveyMonkey’ terhadap responden (Projek 2)
– Laporan Projek 2 tentang hasil dapatan soal-selidik menggunakan perisian aplikasi ‘SurveyMonkey’ terhadap responden oleh teman responden.
(Markah = 20%)
b. Kreativiti (20%)
– Pautan ELS yang relevan dan berguna (Markah = 10%)
– Daya tarikan pada blog (Latarbelakang, susunan, bilangan komen dan ‘Hits’) (Markah = 10%)

4. Ujian Reflektif (Nota kuliah) – 20%
a. Ujian 1 (10%) – Nota kuliah Minggu 1 – 5 = 10%
b. Ujian 2 (10%) – Nota kuliah Minggu 6 – 11 = 10%

2 thoughts on “Kaedah Penilaian SKBP1023

Maklum Balas/komen anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s