5.0 Neurotik


  • Dapatan Kajian Responden 1.01
Frasa:             12Dis

‘’Boringnya praktikal!!’’

Berdasarkan kata atau frasa tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tergolong dalam kategori personality  neurotik. Seorang yang neurotik biasanya moody dan mudah berasa tegang. Frasa itu dinyatakan dengan tanda baca seru(!) jelas membuktikan responden berasa tegang dengan situasi(praktikal) yang dialaminya pada masa itu.

  • Dapatan Kajian Responden 1.02

Frasa:             2Jan

‘’ syabas PTPTPU!!!’’

Berdasarkan kata atau frasa tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tergolong dalam kategori personality  neurotik. Responden berada dalam keadaan tegang. Hal ini boleh dibuktikan melalui frasanya yang diakhiri dengan tanda baca seru(!).  Responden mempunyai emosi yang reaktif. Ini dikatakan demikian kerana responden lebih beremosi terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang pada padangan atau respon orang lain adalah pada tahap sederhana. Misalnya dalam situasi frasa responden ini berkaitan dengan isu PTPTN. Reaksi responden yang neurotic terhadap perkara ini adalah lebih tertekan.

  • Dapatan Kajian Responden 1.03

Frasa:             4Feb

‘’ busy busy busy’’

Berdasarkan kata atau frasa tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tergolong dalam kategori personality neurotik. Seperti yang kita tahu, seorang yang neurotic juga sensitive, tegang, dan moody. Melalui kata ‘’busy’’ yang berulang-ulang itu jelas membuktikan responden berasa tegang. Kesibukan yang dialami oleh responden juga menyebabkannya mulai hilang mood. Responden mudah dipengaruhi oleh apa yang dialaminya dan semua itu akan dilihatnya dengan persepsi negatif.

  • Dapatan Kajian Responden 1.04

Frasa:             23Feb

‘’ You a stupid hoe. Yes you are *(selebriti barat). you are a stupid horse. If you know what i mean.’’

Berdasarkan kata atau frasa tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tergolong dalam kategori personality neurotik. Seorang yang neurotic biasanya berpandangan negative. Frasa ini membuktikan penilaian atau persepsi negatif responden terhadap seorang selebriti barat (nama dirahsiakan). Seluruh frasa responden itu menunjukkan kemarahan yang dirasai responden dan reaksinya terhadap hal itu lebih tertekan.

  • Dapatan Kajian Responden 1.05

Frasa:             1April

‘’tension betul la….kena suruh pg mgajar budak…mana sya tau mngajar ni..dah 2..mgajar english lg…adui…mudah2an pancit tayar bas besuk…haha’’

Berdasarkan kata atau frasa tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tergolong dalam kategori personaliti neurotik. Frasa ‘’tension betul la…kena suruh pg mengajar budak…’’ membuktikan bahawa responden mudah tersinggung. Manakala frasa ‘’mana saya tau mengajar ni..dah tu..mengajar inggeris lagi..adui..mudah-mudahan pancit tayar bas esok…’’ membuktikan responden berasa risau dan tegang kerana perlu mengajar dalam bahasa inggeris. Seorang yang neurotik biasanya memandang sesuatu situasi yang biasa sebagai sesuatu yang susah. Sama situasinya dengan responden yang menganggap susah untuk mengajar budak lebih-lebih lagi dia perlu mengajar bahasa inggeris apabila hakikatnya perkara itu sesuatu yang normal.

  • Dapatan Kajian Responden 1.06

Frasa:             4April

‘’If i can do it tomorrow, i won’t do it today..’’

Berdasarkan kata atau frasa tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tergolong dalam kategori personaliti neurotik. Melalui frasa responden itu, dia berpendapat jika sesuatu itu boleh dilakukannya esok, maka dia tidak mahu melakukannya hari ini. Emosi-emosi negatif yang ada pada diri golongan neurotic kebiasaannya menimbulkan tekanan sepanjang masa. Faktor-faktor ini menyebabkan golongan ini tidak dapat berfikir secara logik. Dalam situasi ini, responden mengambil keputusan mudah untuk menangguhkan sesuatu yang mampu dilakukan dan terus diselesaikannya pada hari lain. Bukankah lebih mudah jika sesuatu itu terus diselesaikan bila kita tahu kita mampu melakukannya?

  • Dapatan Kajian Responden 1.07

Frasa:             6April

‘’takut…’’

Berdasarkan kata atau frasa tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tergolong dalam kategori personaliti neurotik. Frasa itu jelas membuktikan bahawa responden berasa risau,takut, bimbang akan sesuatu dan merasa tidak selamat.

  • Dapatan Kajian Responden 1.08

Frasa:              9April

”tidak mau la sy p tu..cam ntah apa-apa ja..”

Berdasarkan kata atau frasa tersebut, saya beranggapan bahawa responden tergolong dalam kategori personaliti neurotik. Hal ini kerana frasa itu jelas membuktikan bahawa responden mudah berasa risau dan tidak berfikir lebih dalam tentang sesuatu. Responden tidak mahu dan tidak suka akan risiko kerana takut.

  • Dapatan Kajian Responden 1.09

Frasa:              25 April

”damn…lupa ni,,lupa tu..arrgg..help2! dead..+_+ ”

Berdasarkan kata atau frasa tersebut, saya beranggapan bahawa responden tergolong dalam kategori personaliti neurotik. Menurut, Eysenck (1967)teori personaliti, neuroticism saling berkait dengan toleransi rendah untuk tekanan atau rangsangan aversive. Lihat frasa responden ”arrgg..help2! dead.” yang merujuk kepada tekanan yang dirasakan oleh responden sehingga perkataan ”dead” itu turut dinyatakan. Masalah dalam pengawalan emosi boleh mengurangkan kemampuan penilaian responden untuk berfikir dengan jelas, membuat keputusan, dan menghadapi sesuatu masalah itu dengan tekanan.

  • Dapatan Kajian Responden 1.10

Frasa:              13 Mei

”eishh..x faham-faham betul minah ni! Orang tengah fokus buat kerja pandai-pandailah fikir nak tolak ansur sket..dah besar panjang pun x tau nak fikir lojik..”

Berdasarkan kata atau frasa tersebut, saya beranggapan bahawa responden tergolong dalam kategori personaliti neurotik. Frasa responden menunjukkan bahawa responden memiliki sifat kecenderungan untuk mengalami emosi negatif, seperti marah dan kebimbangan. Responden mungkin menyelesaikan kerja itu dengan segera sehingga menjadi lebih mudah tergugat atau marah.

One thought on “5.0 Neurotik

Maklum Balas/komen anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s