4.0 Menyenangkan Perasaan


  •  Dapatan Kajian Responden 2.01

Frasa:                      18 Feb

‘’Hai, greeting to all. Saya bertugas bahagian penyelarasan ucapan MKT dalam coolcath..diharapkan agar Mkt-mkt boleh menghantar salinan speech masing-masing untuk coolcath itu. Thank you. =)‘’

Berdasarkan kata atau frasa tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tergolong dalam kategori personaliti menyenangkan perasaan. Frasa ‘’Hai, greeting to all. Saya bertugas bahagian penyelarasan ucapan MKT dalam coolcath…’’ menunjukkan responden mudah bergaul dengan orang lain. Tambahan pula, tak mungkin responden mampu memegang jawatan yang memerlukannya berurusan dengan orang lain sekiranya tidak mudah berinteraksi atau bergaul dengan orang lain. Seluruh frasa itu juga jelas menunjukkan bahawa responden seorang jujur,sopan  dan tidak suka cari pasal.

  • Dapatan Kajian Responden 2.02

Frasa:             8Mac

 ‘’Saya nak membentuk pasukan, bukan membentuk kumpulan…no matter what situation it is..’’

Berdasarkan kata atau frasa tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tergolong dalam kategori personaliti menyenangkan perasaan. Individu yang menyenangkan perasaan mempunyai pendapat yang berbeza tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan kerjasama dan keharmonian sosial diantara masyarakatnya. Manakala seluruh frasa itu telah menunjukkan bahawa responden mempunyai nilai yang tinggi dalam ciri ini dengan  menghargai dan mementingkan hubungan antara sesama. Hal ini kerana, pasukan mempunyai hala tuju dan matlamat yang sama sedangkan kumpulan tidak mempunyai matlamat yang sama.

  • Dapatan Kajian Responden 2.03

Frasa:                   12 Mac

‘’ I’m gonna stay right here by my friends…whenever my friends need me I’ll be there for them..BFF<3<3’’

Berdasarkan kata atau frasa tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tergolong dalam kategori personaliti menyenangkan perasaan.  Frasa ‘’I’m gonna stay right here by my friends…’’ menunjukkan bahawa responden seorang yang jujur, sopan dan boleh dipercayai. Manakala frasa sesterusnya iaitu ‘’whener my friends need me I’ll be there for them…’’ membuktikan bahawa dia seorang yang bertimbang rasa, peramah, pemurah, suka menolong dan sanggup mengenepikan kehendaknya demi orang lain. Kata akhir frasa responden iaitu ‘’BFF’’ menunjukkan nilai menghargai hubungan atau persahabatan sesame mereka dalam diri responden yang berpersonaliti menyenangkan perasaan. Kata akhir itu bukan saja untuk menyenangkan perasaan responden tetapi juga rakannya.

  • Dapatan Kajian Responden 2.04

Frasa:             23Mac

‘’ Harap-harap no 8 mndatangkan TUAH kepada kami yg masih prlukan tnjuk ajar utk blan 5 neh ~AMIN🙂’’

Berdasarkan kata atau frasa tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tergolong dalam kategori personaliti menyenangkan perasaan. Frasa ‘’…kami yang masih perlukan tunjuk ajar untuk bulan 5 ni…’’ membuktikan responden seorang yang mudah bekerjasama dan mudah mesra dengan orang lain.

  • Dapatan Kajian Responden 2.05

Frasa:             29 Mac

‘’ :: good luck for MCB 2012..All The Best…^_^’’

+ *di dinding laman teman lain*

‘’Chayouk-chayouk!! Uolz gonna make it happen tonight!’’
+*

‘’Gud Luck competition tomorrow, all out yoo,,Lurve ya!!’’

Berdasarkan kata atau frasa tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tergolong dalam kategori personaliti menyenangkan perasaan. Individu yang memiliki personaliti menyenangkan perasan suka menaikkan semangat orang lain. Hal ini telah dibuktikan melalui frasa responden itu yang ditujukan kepada teman-temannya. Hal ini juga menunjukkan bahawa responden seorang yang peramah dan mudah mesra, bukannya yang mencurigakan  dan bermusuhan terhadap orang lain.

  • Dapatan Kajian Responden 2.06

Frasa:             2April

‘’She’s not demanding, she’s very nice to me, we have a lot of things in common, she is very committed in the relationship, she never let me down, she never wanted me to change but i know, we both will try our best for this relationship. I know i have found ‘the one’. We are the perfect two🙂’’

Berdasarkan kata atau frasa tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tergolong dalam kategori personaliti menyenangkan perasaan. Responden seorang yang senang berkompromi dan mempunyai pandangan yang optimistik terhadap manusia yang dinyatakan dalam frasa ‘’She’s not demanding, she’s very nice to me, we have a lot of things in common,’’. Manakala frasa ’’she is very committed in the relationship, she never let me down, she never wanted me to change…’’ menunjukkan responden juga senang melihat pada kebaikan yang ada pada orang lain. Individu yang senang berkompromi ini senang mendapat dan mengekalkan hubungan dengan orang lain.

  • Dapatan Kajian Responden 2.07

Frasa:             6April

‘’ When you think of giving up, think about why you’ve gotten so far.’’

Berdasarkan kata atau frasa tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tergolong dalam kategori personaliti menyenangkan perasaan. Seluruh frasa responden ini membuktikan bahawa dia seorang yang optimistic dan tidak mudah berasa lemah dan putus asa. Tambahan pula frasa itu mampu menaikkan semangat orang lain dan dirinya juga. Hal ini bermaksud responden mampu menyenangkan perasaan orang lain dan dirinya.

  • Dapatan Kajian Responden 2.08

Frasa:             16April

‘’Marilah kita saling bermaafan..Dear Misza dan Anis, lupakan salah faham itu ye dear..i miss the moment we hangout together… ’’

Berdasarkan kata atau frasa tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tergolong dalam kategori personaliti menyenangkan perasaan. Frasa ini juga menunjukkan bahawa responden memiliki sifat sebagai pendamai. Frasa responden, ”Marilah kita saling bermaafan..Dear Misza dan Anis, lupakan salah faham itu…” menunjukkan bahawa responden tidak terlibat dalam perselisihan faham itu. Responden bertindak untuk menamatkan situasi yang telah merenggangkan persahabatan mereka.

  • Dapatan Kajian Responden 2.09

Frasa:             2Mei

‘’I have a soft heart..n_n and I sympathize with others’ feelings.’’

Berdasarkan kata atau frasa tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tergolong dalam kategori personaliti menyenangkan perasaan. Indivu dalam kategori ini memiliki hati yang lembut,”I have a soft heart..”, dan mempunyai sifat kebimbangan umum atau keprihatinan yang tinggi. Sifat Keprihatinan itu dijelaskan dalam frasa responden yang seterusnya iaitu, ”…i sympathize with others’ feelings.”.

  • Dapatan Kajian Responden 2.10

Frasa:             25 Mei

‘’ Mulakan pagi anda dengan senyuman, jauhi dari permusuhan sesama insan dan bantu lah sesama kita..^^’’

Berdasarkan kata atau frasa tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tergolong dalam kategori personaliti menyenangkan perasaan. Agreeableness memiliki kecenderungan untuk menjadi ihsan dan bekerjasama. Individu personaliti ini juga tidak suka sesuatu yang mencurigakan dan permusuhan sesama lain. Frasa responden itu jelas ke arah maksud personaliti menyenangkan perasaan dan jelaslah terbukti bahawa responden memiliki personaliti menyenangkan perasaan.

One thought on “4.0 Menyenangkan Perasaan

Maklum Balas/komen anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s