3.0 Ekstrovert


  • Dapatan Kajian Responden 3.01

Frasa:                    3APRIL

‘’USAHA TANGGA KEJAYAAN—-> really, really, really is true! Jom berusaha dengan lebih giat.
Mode: Semangat berkobar-kobar membina masa depan~😀’’

Berdasarkan kata atau frasa responden tersebut,  saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti ekstrovert. Golongan yang berada dalam kumpulan ini biasanya bersikap “out going” , penuh bertenaga dan biasanya bersikap positif. Frasa ”Jom berusaha dengan lebih giat. ”Mode: Semangat berkobar-kobar membina masa depan” tersebut jelas membuktikan bahawa responden memiliki ciri sikap itu.

  • Dapatan Kajian Responden 3.02

Frasa:                30 MAC

‘’Off to faculty. Kerja yang banyak menanti tapi hati ni penuh dengan rindu pada orang jauh. Ahaks..semangat pula nak buat kerja~ ♥’’

Berdasarkan kata atau frasa responden tersebut,  saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti ekstrovert. Seorang yang ekstrovert menonjolkan ciri-ciri seperti relaks, tidak mudah berasa bimbang dan optimis serta sukakan excitement. Frasa ”kerja yang banyak menanti tapihati ni penuh dengan rindu pada orang jauh.” membuktikan yang responden seorang yang bersifat rileks dan tidak mudah berasa bimbang. Manakala ciri optimis dan ecxitement tu ditonjolkan melalui frasa ” Ahaks..semangat pula nak buat kerja”.

  • Dapatan Kajian Responden 3.03

Frasa:                  30 MAC

‘’Everyone stay chill ya. Walaupun moody tak dapat nak marah orang yang nak dimarah tapi jangan dimarahi orang lain pula yaa. Sabarrr.. Lagi penyabar lagi banyak berkat. God love every each of us. Have a blessed Friday~ ’’

Berdasarkan kata atau frasa responden tersebut,  saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti ekstrovert. Individu yang tergolong dalam kumpulan ini mempunyai minat terhadap orang lain atau persekitaran mereka selain dirinya sendiri. Ini dapat dinilai melalui keseluruhan frasa itu. Bagi golongan ini, dunia ini merupakan “Taman Permainan”. Maksudnya apa-apa saja boleh berlaku dalam kehidupan seharian kita sama ada sesuatu yang baik, seronok ataupun tidak baik dan menyakitkan. Responden mempunyai kesedaran akan hal ini. Malahan pula, frasa responden itu adalah berbentuk nasihat dan peringatan agar kita atau siapa saja agar tidak melepaskan rasa marah sesuka hati kepada orang lain. Dia juga memasukkan nilai kerohanian sebagai nilai kesedaran melalui frasa ” God love every each of us. Have a blessed Friday”.

  • Dapatan Kajian Responden 3.04

Frasa:                     17 MAC

‘’Weekend.. Teringinnya turun KL~ Huhuhu’’

Berdasarkan kata atau frasa responden tersebut,  saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti ekstrovert. Individu yang digolongkan ke dalam personaliti ini turut menonjolkan ciri-ciri seperti gemar kepada keseronokan, suka bercampur gaul, aktif dan gemar akan aktiviti-aktiviti luar. Keseluruhan frasa itu telah menjelaskan bahawa responden mempunyai ciri-ciri personaliti ekstrovert itu.

  • Dapatan Kajian Responden 3.05

Frasa:            14 MAC

‘’Tuhan itu Maha Baik. Telah mendapat semula akaun FB lama, email yahoo, dan email google yang telah dicerobohi oleh orang itu. Tapi FB lama tu saya akan deactivate tak lama lagi untuk mengelakkkan masalah timbul lagi. Akan teruskan dengan yang ni. Terima kasih SKMM dan juga kawan2 yang prihatin. Ingat, jangan buat jenayah siber~~🙂’’ 

Berdasarkan kata atau frasa responden tersebut,  saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti ekstrovert. Berdasarkan frasa “…mendapat semula akaun…’ dan ”…jangan buat jenayah siber..”’ menjelaskan bahawa akaun sosial(Facebook) dan emel responden telah dicerobohi atau ”hacked”. Seterusnya frasa ”..FB lama tu saya akan deactivate tak lama lagi untuk mengelakkan masalah timbul.” dan ” Terima kasih SKMM…” membuktikan bahawa responden cepat bertindak balas untuk menyelesaikan masalah tersebut. Responden jelas menunjukkan inisiatif diri. Selain itu, frasa ”Terima kasih SKMM dan juga kawan2 yang prihatin.” juga membuktikan responden mesra, ramah dan mudah bercakap. Jika diteliti dan dibaca betul-betul, seluruh frasa itu juga menunjukkan bahawa responden seorang yang rileks dan tidak mudah bimbang.

  • Dapatan Kajian Responden 3.06

Frasa: 8 MAC

‘’As much as I would to forgive, some people just can learn their lesson through punishment. Otherwise, they will keep doing the same mistake over and over again~’’

Berdasarkan kata atau frasa responden tersebut,  saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti ekstrovert. Individu yang ekstrovert juga memiliki ciri-ciri tabah dan ciri kepimpinan. Ayat pertama frasa itu menjelaskan bahawa responden telah mengalami sesuatu situasi yang melibatkan soal maaf dan mengampuni. Ayat pertama itu juga menunjukkan bahawa responden tabah menghadapi semua itu. Manakala ayat kedua frasa itu menonjolkan tahap kesedaran yang tinggi dalam diri seorang responden yang ekstrovert. Situasi yang dialami responden itu dijadikan sebagai peringatan diri.

  • Dapatan Kajian Responden 3.07

Frasa: 6 MAC

‘Through great effort and with a little bit of luck, tomorrow and days ahead surely will be a promising gorgeous life! Nite uolz~~~ J’’

Berdasarkan kata atau frasa responden tersebut,  saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti ekstrovert. Individu yang ekstrovert cenderung dan suka memainkan peranan aktif dalam hidup mereka. Ini dijelaskan melalui kata awal dalam frasa iaitu ”Through great effort and with a little bit of luck,’. Responden rela menerima risiko-risiko tertentu untuk mendapatkan kerja atau kehidupan yang menarik dan pelbagai. Frasa itu juga membuktikan bahawa responden seorang yang aktif dan bertenaga iaitu seorang yang ekstrovert.

  • Dapatan Kajian Responden 3.08

Frasa: 20 April

”Practice makes perfect! Practice make perfect! Practice make perfect! I know that. Gud Luck uolz! =)”

Berdasarkan kata atau frasa responden tersebut,  saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti ekstrovert. Individu yang tergolong dalam kategori ini mempunyai minat terhadap orang lain atau persekitaran mereka dari dirinya sendiri. Frasa responden tersebut,”Gud Luck uolz!” menunjukkan frasa itu ditujukan kepada orang lain. Mungkin rakan responden. Persepsi dan perspektif responden atau individu dalam kategori ini terhadap sesuatu perkara itu terutamanya tentang hidup ini pada kebiasaannya ialah positif. Frasa ini menjelaskan banyak perkara. 1) Rakan(orang yang dituju dalam frasa itu) responden sedang berlatih untuk pertandingan atau ”show” (Frasa ”Gud Luck…” oleh responden). 2) Responden memerhati dan menilai rakannya itu. (Frasa ”Practice Makes perfect!”) 3) Responden bertanggapan positif terhadap rakannya. (smiley emoticon)

  • Dapatan Kajian Responden 3.09

Frasa: 9 April

”Sori sume bap xleh datang hangout with uolz and also the party!”
Komen Teman Responden: ”too bad u cant come my fren, no..no..ill make sure u come..hahaha..u are the life of the party!” 

Berdasarkan kata atau frasa responden tersebut,  saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti ekstrovert. Individu Ekstovert memiliki sifat yang ditandakan oleh penglibatan secara ketara dengan dunia luar. Extroverts gembira bersama dengan rakan dan orang sekeliling, sering dianggap sebagai seorang yang penuh tenaga serta penghibur.Misalnya komen oleh teman responden tentang responden itu yang jelas menunjukkan bahawa responden disenangi dan kehadirannya dianggap mampu menceriakan suasana.

  • Dapatan Kajian Responden 3.10

Frasa: 20 May

” Bali, hujung taon i melawat u tau..bahagia bersama rakan-rakan…hahahahaha.Yes, Lets go!”

Berdasarkan kata atau frasa responden tersebut,  saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti ekstrovert. Mereka cenderung untuk menjadi bersemangat, berorientasikan tindakan individu yang  mungkin untuk mengatakan “Ya!” atau “Mari kita pergi!” kepada peluang untuk keseronokan.

2 thoughts on “3.0 Ekstrovert

Maklum Balas/komen anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s