2.0 Berhemah


  • Dapatan Kajian Responden 4.01

Frasa:          13FEB

a)    ‘’Kedah (17-19 Feb)~ Opis (24-26 Feb)~ kedah lagi (29 Feb – 2 Mac)~~ 3 minggu beturut-turut bz~~ harap maklum~~’’

+ 23FEB

b)   ‘’23 – 26 feb 2012 program di KL~~ 28 feb mesyuarat di KL~~ 29 feb – 2 mac 2012 di UUM… harap maklum~~😀’’

+27FEB

c)    ‘’1-2 mac UUM sintok, 8-9 mac perak, 13-16 labuan, 17-18 kl, 21-22 pulau pinang, 27-28 terengganu… segala perubahan                     bergantung pada bozz~~😛’’

Berdasarkan kata atau frasa responden tersebut,  saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam conscientiousness. Masalah yang dihadapi oleh domain ini adalah dia sering dan selalu berkerja keras (workaholics). Jika dilihat ayat  b) dan c) domain meletakkan simbol ‘’:D’’ dan ‘’:P’’ atau lebih dikenali sebagai emoticon. Hal ini bermaksud responden tidak merungut atau mengeluh sebaliknya suka dengan kerjanya. Responden ini juga boleh dikategorikan dalam salah satu tingkah laku yang disebut sebagai “Obsessive Compulsive Perfectionists Behavior”.

  • Dapatan Kajian Responden 4.02

Frasa:                   23FEB

‘’I am trusting my vision and work to make it real… Morning peeps~~’’

Berdasarkan kata atau frasa responden tersebut,  saya bertangapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam berpersonaliti conscientiousness. Hal ini kerana, daripada frasa tersebut dapat dinilai bahawa responden merupakan seorang yang sanggup berkerja keras untuk sesuatu, kemas dari segi kerjanya dan keperibadian luarannya.

‘‘I am TRUSTING my vision and my work to make it REAL.’’ Frasa ini jelas membuktikan yang responden mempunyai personality conscientiousness. Kenapa? Bagaimana? Teliti kata ‘BOLD’ itu. Individu yang memiliki personaliti ini sangat berdisiplin, bercita-cita tinggi dan mempunyai atau suka pada kehidupan yang teratur (organized) .

  • Dapatan Kajian Responden 4.03

Frasa:          5MAC

“jgn ingat muka baik… hati dia baik… muka jahat… hati dia jahat… korang kena sedar… ada jugak muka baik hati dia jahat…. muka jahat tapi hati baik…”

Komen:

Responden 1: so… hati2 yer… nnt kena tikam blakang…😀

Responden 1: harap sedar sebelum menyesal~~

Berdasarkan kata atau frasa responden tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam golongan berpersonaliti conscientiousness. Nilai mempunyai kesedaran yang tinggi ialah satu ciri personaliti dimana responden itu amat berhati-hati semasa membuat sebarang keputusan, atau satu kualiti yang wujud dalam diri seorang manusia yang bertindak mengikut kesedaran mindanya. Sama situasinya dengan seluruh frasa itu yang membuktikan responden tidak menilai seseorang dari rupa luaranya. Responden berpesan bahawa yang kelihatan baik tak semestinya baik dan sebaliknya. Jika diteliti betul-betul sebenarnya responden juga bermaksud untuk mengingatkan diri sendiri agar sentiasa berhati-hati dalam urusan kerjanya mahupun kehidupan seharian yang mungkin turut melibatkan membuat sebarang keputusan.

  • Dapatan Kajian Responden 4.04

          Frasa:          6MAC

‘’Bahawa kadang2 datangnya “kesulitan” @ “masalah” dlm hidup ini, apabila dihadapi dengan bersungguh-sungguh & sabar, maka di sebalik “kesulitan” @ “masalah” itu tersimpan “kemudahan” @ “kebahagiaan”.

Berdasarkan kata atau frasa responden tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam golongan berpersonaliti conscientiousness. Frasa ‘’Bahawa kadang2 datangnya “kesulitan” @ “masalah” dlm hidup ini,” merujuk kepada seseorang yang mempunyai kesedaran yang di antaranya merangkumi kehidupan sehariannya, persekitaran dan masyarakat sekelilingnya. Bentuk kesedaran kita adalah wujud melalui tindak balas impuls kita dan tahap kesedaran responden yang tinggi adalah berdasarkan caranya mengawal, mengurusnya dan caranya bertindak. Hal itu ditunjukkan dalam frasanya, ”apabila dihadapi dengan bersungguh-sungguh & sabar, maka di sebalik “kesulitan” @ “masalah” itu tersimpan “kemudahan” @ “kebahagiaan”.

  • Dapatan Kajian Responden 4.05

          Frasa:                7MAC

‘’kadang2 ada org yang suka bercakap besar… tapi satu habuk pun tak pandai buat…

bangga2 kan diri sendiri tu memang kesukaan dia… memang tak suka org macam ni… rimas~~😛’’

Berdasarkan kata atau frasa responden tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam golongan berpersonaliti conscientiousness.Terdapat kajian yang menyatakan hubungan antara personaliti dengan prestasi kerja. Hasil kajian tersebut mendapati individu yang memiliki personaliti conscientiousness merupakan peramal kepada prestasi kerja. Seluruh frasa responden itu menunjukkan bahawa dia tidak senang dengan orang yang suka bercakap besar tanpa menunjukkan hasil yang sebenar. Hal ini bermaksud responden mementingkan kelakuan bermotivasi untuk merealisasikan objektif yang jelas dan nyata, melakukan kerja dengan berhati-hati, lengkap, teliti dan terperinci dan bertanggungjawab. Semua itu dimiliki oleh gologan conscientiousness.

  • Dapatan Kajian Responden 4.06

          Frasa:          18MAC

‘’Ko pandai tak kenang budi wahai manusia?? Jgn disebabkan masalah ko.. Org lain kena tempias..

Nnt tak dihalalkan makan minum baru ko tau~~ ish3’’

Berdasarkan kata atau frasa responden tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam golongan berpersonaliti conscientiousness. Pencetusan hati berkualiti tinggi responden adalah kelebihannya. Hal ini kerana, hati berkualiti tinggi membolehkan rasional ikhlas membimbing akal. Sama seperti frasa “Ko pandai tak kenang budi wahai manusia?? Jgn disebabkan masalah ko.. Org lain kena tempias..” tersebut yang merujuk kepada seseorang yang responden kenal atau mungkin juga merujuk kepada situasi biasa yang berlaku dalam kehidupan duniawi. Tak kira siapa pun orang itu frasanya bertujuan untuk memberi nasihat atau kesedaran kepada orang ramai juga. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Conscientiousness peka dengan keadaan persekitaran dan orang di sekelilingnya.

  • Dapatan Kajian Responden 4.07

Frasa:                27MAC

‘’tak paham laa ngan ko ni… macam budak2.. tak bleh nak pikir~~ sedih laa kalau mak ko tau ko macam ni~~’’

Berdasarkan kata atau frasa responden tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam golongan berpersonaliti conscientiousness.  Sifat berhati-hati dan suka kehidupan yang teratur bagi personaliti ini menyebabkan responden tidak berapa senang dengan seorang yang sepatutnya sudah matang tapi masih berkelakuan seperti budak-budak. perkataan ‘macam budak-budak’ itu menunjukkan bahawa orang yang dimaksudkan oleh responden sudah dewasa. Individu yang memiliki personality ini juga sebenarnya memiliki sifat realistic. Maksudnya dia akan menganggap sesuatu itu penting walaupun hanya perkara remeh. Ini dibuktikan oleh seluruh frasa itu.

  • Dapatan Kajian Responden 4.08

Frasa:                16April

‘’kalau dah janji nak datang awal tu, tolong la tepati cik oi..!’’

Berdasarkan kata atau frasa responden tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam golongan berpersonaliti conscientiousness. Melalui frasa ”…janji nak datang awal, tolong tepati..” di atas jelas menunjukkan bahawa responden seorang yang bertanggungjawab. Ciri atau sifat betanggungjawab pula termasuk dalam kategori personaliti conscientiousness.

  • Dapatan Kajian Responden 4.09

Frasa:                23 April

‘’untuk ingatan semua, sediakan payung sebelum hujan..kalau dah kena jangan menyesal dah..’’

Berdasarkan kata atau frasa responden tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam golongan berpersonaliti conscientiousness. Mereka yang termasuk dalam kategori ini adalah sentiasa bersedia dengan apa-apa saja kemungkinan. Tidak kisah di sekolah, tempat kerja, atau di mana saja, mereka memastikan mereka bersedia. Dan frasa responden tersebut yang mana responden memberi pesanan dan ingatan kepada semua agar sentiasa bersedia.

  • Dapatan Kajian Responden 4.10

Frasa:                27April

‘’Masa itu emas, masa itu amat berharga’’

Berdasarkan kata atau frasa responden tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam golongan berpersonaliti conscientiousness. Hal ini kerana sifat mereka yang berada dalam kategori conscientiousness ini adalah mereka yang teratur dan menepati masa. Jika ada apa-apa kerja yang perlu disiapkan maka mereka tidak akan menangguhkan kerja itu. Sama seperti frasa responden ini,”masa itu emas, masa itu amat berharga” menunjukkan bahawa responden seorang yang menepati masa, tidak suka menangguhkan sesuatu, tersusun/teratur. Tersusun atau teratur ini dapat dijelaskan kerana individu yang mementingkan masa seperti responden sudah tentu mempunyai perancangan.


One thought on “2.0 Berhemah

Maklum Balas/komen anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s