1.0 Berfikiran Terbuka


  • Dapatan Kajian Responden 5.01

Frasa:             6April

‘’Ada hikmah di sebaliknya. Jgnlah bersedih.’’

Berdasarkan kata atau frasa tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tergolong dalam kategori personaliti berfikiran terbuka. Sikap terbuka (openess to experience) ini pada pandangan ramai ahli sosiologi adalah sihat dan lebih matang dari aspek pemikiran dan tindak-tanduk mereka. “Ada hikmah di sebaliknya. Janganlah bersedih.’’ Sama ada frasa ini ditujukan untuk diri sendiri atau orang lain namun telah jelas menunjukkan kematangan dalam pemikiran dan responden. Berfikiran terbuka ini memang berguna pada situasi atau persekitaran yang berbeza. Semua ini sudah dibuktikan dengan frasa itu yang maksudnya agar menerima dan menganggap apa yang telah berlaku itu (situasi) ada sesuatu yang baik di sebaliknya.

  • Dapatan Kajian Responden 5.02

Frasa:             4April

‘’hargai sesuatu/seseorang sebelum kehilangannya.’’

Berdasarkan kata atau frasa tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tergolong dalam kategori personality berfikiran terbuka. Frasa ini juga jelas membuktikan ciri kematangan dalam aspek pemikiran dan tindak tanduk responden. Selain aspek kematangan, responden juga menunjukkan aspek kesedaran. Kesedaran agar sebaik-baiknya menghargai apa saja yang dimiliki kini.

  • Dapatan Kajian Responden 5.03

Frasa:             3April

‘’Ini adalah friendly reminder kepada kawan2 di luar sana. Semenjak dua menjak ni banyak berlaku kes penculikan dan pembunuhan, manusia menjadi semakin ganas melebihi binatang. Jadi, sama-samalah kita berdoa agar kejadian sebegitu rupa tidak menimpa diri kita khususnya, dan orang2 sekeliling kita. Tiba-tiba menjadi risau dgn keselamatan diri dan orang tersayang. Hargai nyawa anda, berhati2lah dan belajarlah silat atau tae kwondo mahupun silambam sekalipun.’’

Berdasarkan kata atau frasa tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tergolong dalam kategori personality berfikiran terbuka. Responden bertindak dan berfikir secara cara tersendiri (individualistic) dan dalam cara yang kurang berkonfrontasi. Tindakan itu ialah melalui penyebaran frasa responden ini di dinding laman sosialnya. Bagi responden atau mereka yang tergolong sebagai berfikiran terbuka, setiap pengetahuan yang diterima atau datang pada responden akan digunakan dengan sepenuhnya. Dalam situasi ini, responden menyebarkan maklumat penting sebagai peringatan kepada umum. Kata ‘’…friendly reminder..’’, ‘’..sama-samalah kita berdoa…’’, ‘’…risau dengan keselamatan diri dan orang tersayang.’’ menunjukkan responden peka dengan emosi.

  • Dapatan Kajian Responden 5.04

Frasa:             24Mac

‘Busy sepanjang masa but I cant stop thinking about you.😉’’

Berdasarkan kata atau frasa tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tergolong dalam kategori personality berfikiran terbuka. Responden mempunyai sifat ingin tahu (intellectually curious) yang begitu mendalam. Kata kunci dalam frasa itu ialah ‘’…sepanjang masa…’’. Hal ini jelas membuktikan bahawa responden sentiasa teringat akan seseorang  walaupun sibuk dengan sesuatu kerja sepanjang masa. Jika teringat akan seseorang sepanjang masa, tiada siapa pun yang tidak akan tertanya-tanya apa yang orang itu sedang lakukan. Logik, bukan? Memang sifat semulajadi manusia. Namun begitu individu yang berfikiran terbuka ini mempunyai sifat ingin tahu yang lebih daripada orang lain. Kelebihannya ialah ciri kematangan yang wujud dalam diri responden juga membantu berfikiran lebih rasional dalam segala tindak-tanduknya.

  • Dapatan Kajian Responden 5.05

Frasa:             22Mac

‘’Judging me would not define who I am but it defines your personality.’’

Berdasarkan kata atau frasa tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tergolong dalam kategori personality berfikiran terbuka. Golongan berfikiran terbuka ini juga lebih peka terhadap emosi mereka dan suka membandingkan diri mereka dengan orang yang terdekat dengan mereka. Sama seperti apa yang disampaikan oleh frasa responden itu. Responden berpendapat bahawa orang yang suka menghakimi dan menilai dirinya tidak boleh menunjukkan bagaimana dirinya yang sebenar sebaliknya menerangkan personaliti orang yang menilai itu. Melalui frasa itu, wujud aspek perasaan atau emosi responden dan perbandingan pula dilihat melalui perbandingan antara responden dengan orang yang menilainya.

  • Dapatan Kajian Responden 5.06

Frasa:             21Mac

‘‘A man’s weakness is another man’s opportunity..’’

Berdasarkan kata atau frasa tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tergolong dalam kategori personality berfikiran terbuka. Persepsi dan perspektif mereka terhadap sesuatu perkara itu terutamanya tentang hidup ini pada kebiasaannya ialah positif. Persepsi responden ‘’A man’s weakness..’’ dinilai olehnya secara positif melalui kata ‘’..is another man’s opportunity..’’. Responden atau golongan yang berfikiran terbuka  menghargai pelbagai pandangan, idea dan pengalaman. Frasa tersebut sebagai pandangan atau idea dan mugkin juga pandangan daripada sesuatu situasi yang dialami responden.

  • Dapatan Kajian Responden 5.07

Frasa:             14Mac

‘’Act your age, not your shoe size.’’

Berdasarkan kata atau frasa tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tergolong dalam kategori personality berfikiran terbuka. Frasa responden ‘’Act your age, not your shoe size.’’ menjelaskan pendapat, idea, pengalaman daripada situasi atau persekitarannya. Frasa itu bermaksud bahawa sikap dan tingkah laku seseorang itu haruslah kena dengan umurnya, dalam hal ini melibatkan aspek kematangan dalam perbuatan dan pemikiran. Golongan yang berada dalam kumpulan ini mempuyai sikap atau minda yang terbuka terhadap sesuatu idea atau pendapat. Selain itu, mereka ingin sangat terdedah kepada sesuatu pengalaman yang baru. Bagi golongan ini dunia ini merupakan “Tempat Pembelajaran” mereka. Oleh itu, bagi responden ini setiap pengalaman dan pandangan yang diterima atau datang pada dirinya akan di gunakan dengan sepenuhnya.

  • Dapatan Kajian Responden 5.08

Frasa:             25Mac

‘’Dance is passion..agree or not? i agree..it is one of the beauty of art..over tak? heheehhe’

Berdasarkan kata atau frasa tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tergolong dalam kategori personality berfikiran terbuka. Hal ini kerana, mereka yang tergolong dalam kategori personaliti ini adalah bersifat artistik iaitu contoh frasa ”Dance is passion..”, dan bercitarasa tinggi ” it is one of the beauty of art..”

  • Dapatan Kajian Responden 5.09

Frasa:             29 Mac

‘’I have a Rich Vocabulary, kau ada? hahaha jangan marah..^^.’’

Berdasarkan kata atau frasa tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tergolong dalam kategori personality berfikiran terbuka. Frasa ”I have a Rich Vocabulary” jelas menunjukkan bahawa responden seorang yang berfikiran terbuka. Frasa itu boleh dianggap sebagai pengakuan oleh responden bahawa dia berada dalam kategori personaliti ini. Hal ini kerana, menurut info di wikipedia, antara contoh yang memiliki personaliti ini iaah mereka yang ”rich vocabulary”. Frasa ini juga menunjukkan bahawa responden ingin menonjolkan diri

  • Dapatan Kajian Responden 5.10

Frasa:             14Mei

‘’Kerja berkumpulan means pentingnya menghargai pandangan orang lain. -_-’’

Berdasarkan kata atau frasa tersebut, saya bertanggapan bahawa responden tergolong dalam kategori personality berfikiran terbuka. Individu yang berfikiran terbuka memiliki sifat menghargai pandangan dan idea orang lain. Bagi mereka setiap pandangan adalah penting dan perlu dikongsi bersama.

2 thoughts on “1.0 Berfikiran Terbuka

  1. Thanks Dr. ow..sy leak information…xtau perlu rumusan kajian..O’ow. Walaupun sudah disemak tapi saya akan buat rumusan tu selepas ini. Saya bercadang untuk kekalkan blog ini.

Maklum Balas/komen anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s